BERANI NAK IKUT??

Monday, November 1, 2010

10/25

.
.
.
tengahari. patutnya lunch tapi perut masih kenyang. sarapan 3 jenis kueh cukuplah untuk alas perut. kerja sangat banyak. tak sempat siap yang satu, datang lagi tiga. tak sempat nak angkat telefon, 4-5 sms masuk. kontraktor. konsultan. klien. bos. haih. tangan cuma ada dua. kadang-kadang aku belasah saja menulis dengan tangan kiri tatkala menerima panggilan yang menggesa memo diambil dengan segera. selepas itu mula lah terkulat-kulat cuba menelaah apa yang ditulis. tulisan tangan kiri. faham sajalah. 

draf report tesis perlu sampai di utmjb pada 3.11.10. sempat ke nak siap? bukan senang nak senang. ye tak? amek tesis kelas separuh masa memang menuntut separuh nyawa. T_T"

kerja. site inspection. design. kelas. tesis. assignment. serabut bukan?

berehat sekejap. sambung yang ini. kali ini YANG PERNAH pula ya?

 jom!

6. pernah masuk studio recording untuk rekod suara kaset lagu-lagu muzik sekolah rendah. ingat lagi tak lagu AIS KACANG? ' ais kacang...ais...ais kacang.,bila cuaca panas dan rasa dahaga..singgah di gerai ais kacang di minta...' ') masa ni dibayar rm80. tak ada royalti. dulu, jumlah ini sangat banyak ok? maklum saja masa tu baru darjah 5! komposer masa ni ialah eddie hamid.

7. pernah patah tangan kiri masa latihan lumba lari 4X100m darjah 6. masa tu tengah bawak baton. undur sambil berlari laju tanpa menoleh lalu langgar pokok renek. jatuh dengan tragis. tangan yang tampung badan dulu. maka patahla tulangnya. 

8. pernah ditangkap 'fly' masa tingkatan 5. keluar sekolah semata-mata mahu ke 7 Eleven. beli slurpee. ya. ditampar guru disiplin, dipukul dengan raket badminton, didenda, dilucut segala jawatan dan paling kecewa digantung segala aktiviti juga tournament sukan yang disertai. aaaaaaaa!! sangat kejam! sampai ke hari ini, aku tak minum slurpee. T_T"

9. pernah jual henfon dan jam tangan untuk bayar ansuran kereta akibat pejabat mengalami masalah kewangan kritikal. dikala ini terasa rugi pula kerana tidak menyukai emas. kalau tak, mesti senang. boleh pajak. T_T"

10. pernah mengalami kemalangan kereta yang agak ngeri dan hampir meragut nyawa pada hari raya haji tahun lepas, tanggal 27.11.09. kejadian berlaku di gurun, kedah. akibatnya, tulang belakang mengalami 'slipdisc' dan perlu menjalani rawatan fisioterapi. ya. efeknya masih lagi terasa. sampai ke hari ini. 
.
.
.


HARGAILAH KEHIDUPAN SEBAIK MUNGKIN SELAGI NYAWA MASIH ADA.


















inilah keadaan kereta ayah yang dipandu aku.
ngeri bukan? 








21 comments:

tinailyani said...

mana aku boleh dapat CD [atau kaset?] lagu ais kacang tu? :p

bujal X said...

cerita no 9 paling sadis~

Anonymous said...

nombor 10 paling2 buat aku rasa bersalah....sampai ke hari nih....T__T

MasZuber said...

ayen,

aku pun pernah kena tangkap fly mase form 4 dulu sebab try escape hari sukan sekolah..semata2 nak pegi umah member kitorang yang rumahnya 1km dr gate asrama dulu..tapi naseb baik ade seorang warden perempuan tue kamcing ngan geng nakal aku dan kasi amaran sahaja tanpa sebarang tindakan tatatertib lucut jawatan or kene sebat segale..nasib baik..

sampai sekarang aku sayang warden itu..sbb dia memberi peluang kedua kepada kami yang nakal dan buat salah ini dan ambik iktibar x buat lagik walaupun ade byk mende underground lain yg dia tak tau..ngeee ;)

gadisBunga™ said...

jalan kat area gurun tu mmg licin. aku lalu tgh pepagi nak dkt tengah hari pun terasa betapa kurang gripnya.
pssstt...mana nak dunlod lagu tu? huhuhu

pembaris said...

jalan kat gurun tu jalan biasa ka hiway plus..??kalau musim raya,tgk berita mesti cakap hiway plus saja 'selamat'.jalan biasa semua jalan maut.

uncle gedek said...

Salam.. suara pakcik pernah kena pakai kat drama radio Cina...! But sebagai orang melayu tengah bergadoh! Hahaha!

BonekadalamChermin said...

TINAILYANI: aku sendiri pun tatau! hahaha. masa ni aku sekolah kat bdr baru selayang. bulan 2 drjh 6 dh pindah ke jitra. skrg ni silabus pakai lagi ke buku muzik? 'P

ada 2-3 lagu je aku nyanyi. lain2 banyak jd suara harmoni je mcm koir tu. 3 org semua. haha. fani!

BonekadalamChermin said...

BUJAL X: T_T' kan? sedey...

BonekadalamChermin said...

MASZUBER: aik? kau pun ade jugak fly-fly ni?? kau bukan inesen ke? kehkeh. aku lainla~ 'P

sampai skrg aku takleh terima seorg guru lelaki boleh libas murid pempuan dgn reket badminton. dengan tenaga lelaki. bayangkan? birat!

BonekadalamChermin said...

GADISBUNGA: km 88.4. tiap kali lalu situ, aku mesti akan pandang pancang tanda situ. T_T'

syukurlah nyawa masih dipanjangkan Allah.

lagu tu? hahaha. kalau dengar balek boleh gelak guling-guling kot?

ingat lagu ni?

dari jauh bunyi berderu-deru
umpama air yg terjun tinggi
[....x ingat]
lihatlah cantiknya
air terjun namanya
ayuhlah kawanku
mandi bersama~

lagi satu:

lihat jauh nun disana
tekun petani kerja
buah padi masak kuning
isteri kerjasama

potong memotong
membanting padinya
bercerailah tangkai jerami
dulu padi ditumbuk inang tampi
kini mesin jadi pengganti

hahahahahahaha

komen paling panjang dlm sejarah blog!

'P

BonekadalamChermin said...

PEMBARIS: jalan hiway km 88.4. menurut laporan polis, memang kawasan tu selalu berlaku eksiden. T_T'

BonekadalamChermin said...

GEDEK! : wsalam. hahaha. glemer tu!! mesti suara brutal ni. 'P

BonekadalamChermin said...

ANONYMOUS: kamonla! kalau sy mati pun bukanlah salah siapa2. suma kan kuasa Allah? haih.

THINGS HAPPEN FOR A REASON

tinailyani said...

kenapa aku tak pernah ingat lagu-lagu ni?
bukan bapak aku guru musik ke????
aaaaaaahhh!!!!!!!!!

BonekadalamChermin said...

TINAILYANI: takkan satu pun x ingat? lagu ais kacang tu best wooo. kitorg recording siap buat aksi makan ais kacang lg! *happening*

...susu dan jagung!
kacang dan lengkong!
air gula berwarna...

campur semua
enak rasanya
kegemaran kita semua...!

hahahahahaha

i like!

an said...

er..er..pernah jd extra dlm pilem janji diana! dan drama tah pape lakonan arwah hani mohsin :P

pernah buat keje bodoh lari masuk asrama lelaki dgn member dan ditangkap warden huhuhu (akibat dicabar)

dan..mcm2 la pernah! been there done that!

nasikputeh said...

nape mencabar sgt hidop ko ni ha...

BonekadalamChermin said...

AN: hihi. ya. been there done that. i like!

BonekadalamChermin said...

NASIKPUTEH: tula pasal. rase mcm dh hidup 45 tahun dh cemni.

Muna Zaen said...

6. tu lah lagu feveret aku masa skolah rendah
8. eh, aku tak tau pun..siannye ko..
10. Alhamdulillah, ko selamat..
hidup ko penuh cerita..cerita yg turut memberi kesan kpd org lain..