BERANI NAK IKUT??

Tuesday, February 1, 2011

KURANG 10SEN SERINGGIT



.
.
.



hujan. sejuk. lapar. gagahkan diri berjalan ke 7 eleven. payung tak ada. maka terpaksa melalui kakilima kedai. kedai kek. kedai tayar. kedai makan. damacai. mamak jual surat khabar. dari dulu lagi. asalkan jual surat khabar. mesti mamak. seolah olah kerjaya ini tidak dipelopori bangsa lain. tak glemer. mungkin.


dulu dulu masa kat rumah mak ayah. siap langgan secara bulanan. tiap tiap pagi bila ada bunyi barang dilempar masuk, pappp!! suratkhabar la tu. tidak syak lagi. mengikut tahap kekuatan tangan mamak dan kadar kelajuan motosikal yang ditunggang. kadang kadang suratkhabar akan jatuh ngam ngam atas bonet kereta. kadang kadang lajak terus sampai depan pintu rumah. ada hari mak ayah lupa nak ambil, jiran sebelah yang rasmikan dulu. bila pulangkan siap ada mukasurat yang tak cukup. kehkehkeh. nasib.


sampai 7 eleven. terus capai air soya. drinho. boisson au soja. kotak putih dan grafik kacang soya yang biasa biasa. tertera no preservatives. semak tarikh luput. cantik. langsung ke rak roti. berbelah bagi. rambang mata. banyak sangat pilihan. semua nampak sedap. maklum saja, lapar. macam biasa. pasti undian akan berat kepada roti high 5 sambal ikan bilis. tamak. terus ambil 3. cukup. segera ke kaunter. letak semua. tanya,



' BERAPA? '


satu persatu barang discan kod bar. harga tertera di monitor. semua sekali rm 4.90 sen. aku dah congak congak sendiri. dompet dibuka. nampak not rm 5 di sebelah rm 50.


' EMPAT RINGGIT SEMBILAN PULUH SEN KAK. SEMBILAN PULUH SEN ADA? '


sentap. ada 2 kesalahan budak cashier ni dah buat. aku pandang dia atas bawah. atas bawah. aku yakin dia lagi tua dari aku. cis. 


perlahan aku tarik keluar not rm 50.


' NI SAJA YANG ADA '



tamat.




...


kot ye pun takda duit kecik
patut ke mintak 90 sen?

agak agak la







'  satu untuk kau, dua untuk aku '






.

44 comments:

Abang Jonni said...

waaaaaa... byknya harta karun... huhuhu..

BonekadalamChermin said...

_ABANG JONNI |

hahahaha
ni jela harta yang ada


.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

itu makcik paling benci sekali, kalau bawah 50 sen ko minta , boleh diampun. ko cam makcik suka pedajal, lantak ko lah , aku pelanggan. bagi je not besar, padan muka ko.dah orang bagi can, dia pulak melebih.

bujal X said...

eii~~kejam lah~~

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kumpul lima sen banyak2 pastu bagi kat dia setiap kali beli..

hehehe...

alien said...

keh2
adeke mintak sembilan posen
kalau doposen tiga posen tu bole la terima

cikceriacorner said...

hehhehe..

kalo bg penyepak kat bdk tu ok ke..

bg singgit xbleh ke..pastu pulang seposen le..heheh

h4ni3 said...

dia nak kumpul duit syiling la tu
dah running low

kehkehkeh

kesian mamat muda-tapi-mukatua itu

Farhan Zulhusmi said...

hahaha...ok
tapi untuk 4.90 dia minta 90sen...kalau dia minta 90ringgit...cm mane...terkejut beruk...hehehe

Hantu Kak Limah said...

hahahahaha...
kengkadang macam bangang je soklan tu....
aku akn jawab....
aku ade sembilan puluh sen...
tunggu tgh kira...
duit satu sen di kira dgn berhati2 depan cashier tu...boleh....huhu

Daddy Ziyyad said...

saya selalu kejam dgn budak tol.
bayar tol RM2.20 dengan duit syiling 10sen..hahahha

norh said...

ha ha ha..sesaja nak bermesra dengan pelanggan..he he he

miss nina said...

hehehe..sekali 90 sen kak
yg biasa2 bawah 50sen je :)

tasekM said...

50 terus.

hambik kau.


.

pembaris said...

cara orang nak beramah mesra berbeza kot...

gedek! said...

Uncle pon suka pandang orang macam tu...Atas-bawah-atas-bawah... kadang2 atas-bawah-depan-belakang... Harap maklom.

miloais said...

gediks lah.... 90sen pun nak mintak duit kecik... bow-doh!

kalo iols... kasik dia 90sen - duit syiling lima sen... pastu suruh dia kira sendiri... biar padan muka dia!

hahahaha

[iols memang suker menyusahkan orang yg menyusahkan iols!]

MasZuber said...

hmm nak kene duku ape akak cashier tue mintak sampai 9pposen.

haih seswai sgt ko kasi note 50 tuh sebagai ganti ;p

Valentine said...

Nak bagi baki 10sen pun chasier tu nak berkira...xkan ler dia xde 10sen...

DrSinga said...

sungguh sengallllllll......

BonekadalamChermin said...

_AKAK CIK INA |

tula pasal
ni bukan sekali
dah banyak kali dah


masalahnye
kite nak tukar koin tabung
diorang tanak pulakkkkk


kerek.

.

BonekadalamChermin said...

_BUJAL |

hish
sapa?


saye sangat baik hati tahu




ok tipu.

kehkeh.


.

BonekadalamChermin said...

_k REEN |

hahaha
style gak tu

tah ape pesen tah
tiap kali mesti nak mintak duit kecik!


grrr,

BonekadalamChermin said...

_ALIEN |

tu la kan
kot ye pun

huhuhu


tak paham plis diorang ni


.

BonekadalamChermin said...

_CIKCERIA |

hahaha
ganas juge kau ni
ganas


haaa thats y!
boleh je kalau nak return seploh sen!! tahpapetah.

huhu

BonekadalamChermin said...

_Dr HANIE |

hahaha

mamat muda-muka-tua?

:D

lawak
lawak



.

BonekadalamChermin said...

_FARHAN |

harusla cakap,

BOLEH SY JUMPA MANAGER AWAK??


:P


.

BonekadalamChermin said...

_HANTU KAK LIMAH |

hahaha
hahaha

ni lagi sorangggg sengal!

kejam tu
kejam


:P

BonekadalamChermin said...

_DADDY |

tapi
kalau bagi koin
diorang lagi suka kot?


hihi

mesti segenggam koin bagi kan?


.

BonekadalamChermin said...

_NORH |

kehkeh

agak agak la wey!!
bikin aku panas je!

DAHLA PANGGIL AKU KAKAK

ape kes??

eh.
emo.


.

BonekadalamChermin said...

_MISSNINA |

itula dia

kalau angka sen sen ni sampai 13
mesti dia mintak
ADA 130 SEN?


kehkeh.


.

BonekadalamChermin said...

_TASIK M |

kehkeh
banyak kali jugak dia tanya

TAKDE DUIT KECIK KAK?
SEPLOH PUN XDE?



huh
rasekan.

BonekadalamChermin said...

_PEMBARIS |

takkan panggey kak kot?

kalaupun muda setahun dua
kan?


ayu raudhah pun kawen org muda kot


kihkih.

ok.
emo.


.

BonekadalamChermin said...

_UNCLE GEDEK |

ceh
tu kira tengok ke
or tengok tengok?


hahaha


GATAI!


:P

BonekadalamChermin said...

_MILOAIS |

hahaha

gila ah ganas

barula kena buku dgn ruas
amek kau kira sendiri!


.

BonekadalamChermin said...

_MASZUBER |

kehkeh

sejak dua menjak
aku memang hilang toleransi



hormon imbalance katanye


:P

BonekadalamChermin said...

_VALENTINE |

dia sengaje nak tengok
MATA AKU TERBELIAK!


kahkahkah



.

BonekadalamChermin said...

_DR SINGA |

huhuhu

padanla muka dia kan?


kan?
kan?



.

gadisBunga said...

aku penah buat. bagi 50 untuk bayar 4 ringgit dia takmau, nak duit kecik katanya.

aku bayar dgn duit kecik. 20 sen 20 sen. padan muka. 1/2 jam tunggu aku bayar.

padan muka. hahahaa!!!

Bro Framestone said...

gila kejam ini minah huhuu

Semarak Api said...

hahaaa..seyes suke entry nih!

BonekadalamChermin said...

_GADISBUNGA |

ayo
kau punya padan muka tu

serupa macam

kill kill die die


kehkeh


gila ganas!


.

BonekadalamChermin said...

_BRO |

kejam yang sweet
eceh!



:P


.

BonekadalamChermin said...

_SEMARAK API |

harharhar

jangan kau suka budak cashier tu sudah! dia tak best



:P


.