BERANI NAK IKUT??

Monday, February 28, 2011

SUSAH NAK CAKAP




.
.
.





hari minggu yang sibuk. sibuk dengan kawan kawan. teater merocok-rocok,  karok, makan makan. terima kaseh kawan kawan. tina, masturafiddy, fairuz, muna, azhan, dayah dan nani. tak lupa kepada sara naquia sebab jemput aku jadi fotografer untuk majlis cukur jambul hero hensem, iqbal dinie. :)

ok. off topic sikit. selalu orang tanya aku, tak lapar ke kalau tak makan nasik? sebab memang tabiat makan aku asal yang mana sempat. karipap, roti, biskut. tak semestinya nasik. bagi aku, (ok ini cuma pendapat saja. tak perlu ketat sangat). makan ialah satu perbuatan yang perlu dilakukan untuk kita  bertenaga teruskan hidup. bukan untuk kenyang. pengambilan nasik ialah satu rutin harian hidup yang diamalkan dari zaman nenek moyang. jika dari dulu kita makan roti, maka, orang akan tanya, tak lapar ke kalau tak makan roti? harharhar. ye dok?

apa yang penting kita cuma perlu tahu jumlah tenaga yang kita perlukan hari hari. supaya ambilan makanan dapat memberi tenaga yang secukupnya. mudah bukan? ok. sekarang aku nak cerita pasal gambar kat atas. kalau dah tidur pukul 6 pagi, bangun pukul 2 petang. konfemlah tak kuasa nak masak nasik dan lauk bagai kan? nak keluar pi beli makan pun malas. jadi sebab kelaparan yang dahsyat dan dengan berbekalkan konsep kehidupan asal-makan-janji-cukup-zat, maka terhasillah resepi di atas. ce teka apa semua tu? ce teka. orait. dah. astalavista.


...




' seorang kawan yang baik ialah kawan yang menegur cebisan cili yang melekat di gigi kawannya walaupun membuat kawannya malu untuk seketika daripada kononnya ingin menjaga hati lantas membiarkan cebisan cili itu di situ dan sanggup melihat kawannya cacat setiap kali tersenyum '



...



wahai kawan kawan kat sini,
tunggu aku pi buat onar kat blog korang!!!

HA HA HA





jom?



.



42 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Best pergi merocok rocok, jumpa tak penulis blog Dreamer?

Dorang ni suka fikir banyak, kat luar negara mana ada makan nasi. Dorang pun ada makanan rutin ikut nenek moyang dorang. Nasi tu macam makanan ruji, jadi dorang selalu ingat kalau tak makan nasi tak komplet hidup. makcik dalam satu minggu pun pernah tak makan nasi, jemu.makan je bihun ke atau roti.

uncle gedek said...

Uncle tak semestinya nasik.... janji makan & kenyang....

miloaiskurangmanis said...

iols nak sosej -
adakah :
sosej + kentang + cheese + black pepper + onion???
sedappppppppppp!~

bujal X said...

saya makan semua~haha~

pembaris said...

Masa keja kat hospital alorsetar dulu, ajak opismet makan nasik...dia cakap"aku orang perak..orang kedah saja makan nasik pukul 9pagi"

Dr K said...

makan nasik tu budaya, bukan keperluan haha..

makan makanan ada karbohidrat itu keperluan...so bleh dpt sumbernya dari nasik ke, roti ke..pasta..

Anisa Hang Tuah said...

oh yer.
nis suke org tegur ade cili yg tersepit kat gigi nis.

nis suke org berterus terang juga

hihi

tasekM said...

apakah nama makanan yg nampak sgt syurga itu.


.

MasZuber said...

masaAllah ayen..

thousand island kah itu yang banjir?

ko tau kan sejauhmana ketaksuban aku dgn makanan..

tupaimerah said...

grrr~
makanan di atas adalah sangat men-jahanam-kan diet kolestrol saya!

cik fiza said...

nape makanan dlm pic tu nampak sgt menyelerakan...

btul.. teguran yg menyelamatkan kwn dr malu besar tu la yg terbaik..

Muna Zaen said...

Azreen,
mekasih aa..chup chup..

anyway, makanan di atas, mgkin cukup zat, tapi tak terlebih apa2 ke? :)

bagi aku, kdg2 satu cabaran, makan utk bertenaga atau makan untuk nikmat..heheh

Led said...

aku pernah termakan beras sebab dah jadik terlalu kreatif sebab tak nak makan nasik... diet la kunun.huhuhuhuhuhu

Aleen Aiden said...

ko fotogerafer ke?cet.xsangka btol kaki togey nih keje snap sane sini.hu3

eLL said...

apa nama makanan yang dalam gambar tu? dekat mana ada jual? nak beli ni. nampak sedap, tambah lemak.

norh said...

kalau tak keberatan, sila hidangkan kepada saya... :))

h4ni3 said...

errr... merocok tu ape? :D

ankeljonni said...

uik?.... pemende tu?... ada sosej... telur... mmmmm....


entahlah.... nak balik ah... tidur..

bai...

Miss b said...

masa aku stop makan nasi dlu kejap, aku rse mcm bole je idop xdak nasik.

tp once aku da bedal nasik, aku rasa bole mati xdek nasik. kahkahkah.

gadisBunga said...

makanan syurga....aku setuju dgn kak tas.

bagi aku org yg suka tanya soalan yg macam tu adalah org tipikal. tak cukup ilmu. atau sengaja mahu sempitkan otak.

eh. kite tetap kene berilmu sebelum bertanya betul tak?

BonekadalamChermin said...

AKAK CIK INA MDDC,

merocok-rocok sangat powerrrr!
hahaha...penulis the dreamer,
fazleena hishamuddin. ya. ada.
antara pelakon utama dan dia sgt bagus.
paling penting dia tak sombong.

:)

...


sy ok je tanpa nasik TAPI sy akan kalah dgn penangan masak lemak cili api atau asam pedas! konfem makan bertambah tambah tambah.

hahaha

BonekadalamChermin said...

UNCLE GEDEK!,

at certain time ni
makan nasik jadi mcm leceh


SEBAB SY PREFER MAKAN DGN TANGAN!


harharhar


.

BonekadalamChermin said...

MILO AIS,


hampir tepat!
hampir...


hahaha

kentang je yg takde
sedap tu depends uols
kalau dah lapar tu kans...


:D


.

BonekadalamChermin said...

BUJAL,


oh
sy tak terkejut pun
sy FAHAMMMMMMMMM!!!



harharhar


.

BonekadalamChermin said...

PEMBARIS,


ya ka?
hahaha

rasa rasa kat kelantan pun sama
selalu depa mana penah brekfes ringan ringan...pagi pagi dah ada ayam bakar, dgg bakar bagai. syurga!


:D


.

BonekadalamChermin said...

DADDY ZIYYAD


ya saya setuju
huhuhu

mungkin tekak juga dah biasa
jadi kalau makan yg lain
walaupun jumlah yg diambil sama
tetap rasa tak kenyang

MIND SET.

sy rasa la.


.

BonekadalamChermin said...

NIS,


:)

itu kiasan nis
tapi ada kebenaran pun kan?

nak org tegur dan malu ke?
atau tanak org tegur dan terus malu?

2 2 pun x best
kalau salah tu salah kita

ye dok?


.

BonekadalamChermin said...

TASIK,

tidak bernama setakat ni
main hentam saja apa yg ada!


ha ha

ada idea nak bagi nama?
che embun?


.

BonekadalamChermin said...

MASZUBER,

ha ha ha

ya betul!

itulah dia thousand island!
tugasnya utk menambah lemak aku!!


:D


.

BonekadalamChermin said...

TUPAIMERAH,

aik?
tupai makan kolesterol?

bukan makan buah saja kah?
atau kamu cuma suka nak dok dlm banglo saja? tak suka makan kan?

MANA SATU neng?


.

BonekadalamChermin said...

CIK FIZA,

mesti kamu tgh lapar
kan?
kan?
kan?


harharhar


:D

.

BonekadalamChermin said...

THE DREAMER,

hihi

SAMA SAMA


...

bagi aku
cabaran utk nikmat ialah kekangan kewangan!

anyway
yes. thousand island tu byk unsur unsur yg terlebeh! kehkeh.


:D

.

BonekadalamChermin said...

LED,



ayo
ni nak kira kreatif ke apa ni??

cemana leh makan beras pulak?

huhuhu


macam macam ada


p/s: SEDAP KE?


.

BonekadalamChermin said...

ALEEN,


hakhak

adeh
takdela fotografer sgt
setakat majlis kecik kecik tu
boleyla....x pro.

beb

kaki aku kalau buat bbq ni banyak isi beb! nak sket? amek ah. amek.


kahkah


.

BonekadalamChermin said...

ELL,


' nampak sedap
tambah lemak '

tak ble blah la!

harharhar

mana ada jual ah
aku masak ni

daging burger
sosej
telur
cheese
bawang

gasak je suma!

topap sos

huhuhu

nama dia CACA MARBA YEAY!

.

BonekadalamChermin said...

NORH,


berat tu takdela berat sgt
tapi semalam timbang
dah naik juge ni 2kg


eh?


hahaha

meh a dtg umah
aku masak utk kau nak?

dgn syarat...
satu perkataan je bleh kua lps rase,

iaitu


SEDAPPPPP



ok dah. bai.


.

BonekadalamChermin said...

Dr HANIE,


harhar

ramai yang tanya ni
maksud dia tu mcm

ditikam berkali kali tanpa belas

direktor dia ckp
kalau nak kait dgn dikocok kocok
inul daratista pun bleh jugak!


ahaks!


.

BonekadalamChermin said...

ABANG JONNI,


eleh

teringin a tu
nak ke?
nak ke?


MASAK SENDIRI!!


harhar


dah. pi la balek. syuhhhh.



.

BonekadalamChermin said...

MYABY,


ok
kalau ada award

komen kau aku bagi award!


kehkeh

aku sebenanye takde bende nak hapdet
itu je yg aku terlintas

kira kautim la yeh?

aku makan je nasik pun
cuma takdela jadi wajib

huhuhu


.

BonekadalamChermin said...

GADIS BUNGA,



susah nak tafsir kdg2
niat penanya ni

adakah dia betul betul nak tahu?
adakah dia mahu menduga?
adakah dia sengaja nak tanya?

eh?

malas la nak pikir
esok esok pulak lah


:D


.

Semarak Api said...

ape yg prlu kwn yg dtgur ade cili tu buat ek tuk cover malu skjp?huhu

BonekadalamChermin said...

SEMARAK API,

beb
selalu kalau nak tegur membe
bisik a beb!

harharhar

jangan a kau sound kuat kuat

cemni bisik,

'WEH, KAU PI TGK GIGI KAU
KAT CERMIN SKANG! '

:D


.