BERANI NAK IKUT??

Monday, October 25, 2010

ESKREM? BUKAN.

.
.
.
petang. baru pulang dari kelas. lelah. mengantok amat. biasa. tak cukup tidur tiap kali design presentation itu biasa. lapar. tapi kudrat dah tak ada. dalam kepala cuma mahu tidur. jam di tangan menunjukkan angka 16:01. solat dulu. zuhur. solat kombo. asar awal sekarang. tunggu asar sekejap. bimbang terus pengsan. maklum saja mengantok amat.

' KTING! KTING! '

sayup-sayup kedengaran bunyi loceng. aku terjaga. oh, sudah dekat magrib. tidur sesudah asar tak elok sebenarnya. apakan daya. memang dah tak larat sangat. perut lapar.

' KTING! KTING! '

ah ni mesti tak lain tak bukan orang jual eskrem! aku bingkas bangun. dapat eskrem cornetto best jugak ni. hati kecil berangan sendiri. imaginasi sudah membayangkan eskrem vanila coklat yang atasnya mewah ditabur kacang. sedap. sedap. senyum. harapan dah menggunung. syaitan berbisik, beli saja dua. kata lapar sangat. ya. ya. aku terpengaruh. aku nak beli dua. satu vanilla. satu stroberi. bila lapar, jadi tamak. rasa nak makan semua. itu biasa. hahaha.

' KTING! KTING! '

pantas aku membuka pintu rumah. menjenguk keluar. aku lihat kanan, kosong. tak ada orang. sunyi. aku toleh kiri.

' hai akak! '

hah. dia lagi. siapa? siapa lagi kalau bukan budak pempuan india tu. aku pun bersuara.

' hai. buat apa? '

' semayangla akak. akak sudah? '
.
.
.
huh. loceng dia rupanya.
.
.
.

kechiwa.
kau memang mainkan perasaan aku la..
aaaaaaaa!!!..LAPAR GILA!




14 comments:

tinailyani said...

HAHAHAHAHAHA...

p/s - aku musykil. ada ka org naik tgkat 13 juai eskrem?

BonekadalamChermin said...

TINAILYANI: ko bygkan naik dgn moto ke? cis. dia naik dgn troli kecik jela! mcm2 ada. bukan eskrem je.,karipap, nasik lemak. sume ade. hahaha.

gadisBunga™ said...

hahahaa!!! aku rasa budak tu annoying! hahahahaaa

Dr Singa said...

stalker kah budak itu??
tetiba je muncul!!
lagi..

:)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dah tertidur apa boleh buat... yang tak boleh tidur selepas asar tu menjadi kebiasaan..

MasZuber said...

kui kui kui..

sabo aje la ngan budak tue. lepas nie kalo ko dah pindah umah baru mesti dia rindu sama ko..

pembaris said...

ketika kecik dulu ada istilah kampun aiskrem palit.istilah bandar tak pasti pula

BonekadalamChermin said...

GB: kadang-kadang, yer.

BonekadalamChermin said...

DRSINGA: hahaha. mungkin juga.

BonekadalamChermin said...

BRUTALSOLO: yep. betul betul betul! ;P

BonekadalamChermin said...

MASZUBER: mungkin sebab itu dia selalu muncul sejak kebelakangan ini. hihi.

BonekadalamChermin said...

PEMBARIS: ya! ya! kami tau! eskrem palit dulu siap ada tikam tikam. tokey sibuk, kami pusin jarum tikam. terus dapat lagi 2 eskrem free! ;P

nasikputeh said...

hhaha. adoi syahdu giler...

sori la aku tegelak plak.

BonekadalamChermin said...

NASIKPUTEH: ko kena tengok muka dia mase sengih2 sambil pegang loceng tu. HAI AKAK!

dem.