BERANI NAK IKUT??

Wednesday, March 17, 2010

BAKU



hmm...kemasukan (entry..haha!) kali ini akan
saya gunakan bahasa melayu baku..terasa seronok
pula apabila kita bercakap dengan menggunakan
bahasa perantara yang sememangnya sangat indah
dan tidak lapuk ditelan zaman ini..bukankah begitu?
pasti pembaca sekelian berasa musykil kenapakah saya
memilih untuk berbicara sebegini bukan? ahaha..sebenarnya
semua ini terjadi tatkala saya menghadirkan diri di mesyuarat
projek sekolah satu malaysia..dimana minit mesyuaratnya
perlu menggunakan bahasa melayu..disinilah semuanya bermula..
sehinggakan ayat-ayat yang ringkas seperti 'quotation' pun
kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk dialih bahasa..
menarik bukan? tetapi bukan menarik rambut di dalam tepung yer..
eheh..sesungguhnya saya sedang melalui tempoh bersabar
yang agak tegar..dimana kereta yang rosak masih lagi
tidak ada khabar berita..akan tetapi, dugaan yang Allah
berikan ini kalau diterima dengan redha dan hati terbuka,
pasti kita akan beroleh ketenangan yang tidak dapat dihuraikan
dengan kata-kata..itulah dia..dengan ketiadaan kereta, saya
pernah pulang dari pejabat dengan berjalan kaki..perjalanan yang
mengambil masa selama setengah jam..jika minda mengatakan
penat, pasti perjalanan pulang juga akan menjadi lemau dan bosan..
tetapi, saya berjaya mengalihkan perhatian minda kepada
perkara yang lebih menarik supaya setiap langkah itu berasa
seronok dan tidak penat..tambahan pula saya perlu mengharungi
panas petang yang agak terik..ketika berjalan, saya teringat akan
kata-kata seorang kawan :

' kadang-kadang kita berasa marah kalau tersilap naik bas,
kerana bas itu pastinya akan membawa ke destinasi yang salah..
pasti kita berasa kerugian kerana perlu membayar tambang
dan juga pembaziran masa telah dilakukan di situ...
akan tetapi,
kita harus ingat bahawa kadang-kadang destinasi yang 
salah juga akan memberikan pengalaman yang berbeza.
di mana perjalanan telah berlaku dan sesuatu yang tidak
disangka itu selalunya memberikan hasil yang lebih istimewa '

hebat bukan? sesuatu yang ditakdirkan berlaku pastinya
mempunyai sebab-sebab yang tertentu..seperti apa yang
telah terjadi kepada saya..ketiadaan kereta memerlukan saya
untuk berjalan kaki..mula-mula terasa amat sukar..kaki mula
melecet..baju juga basah akibat perpeluhan melampau..tetapi..
alah bisa tegal biasa..sekarang saya berasa seronok pula
berjalan kaki di mana saya boleh melihat kawasan sekeliling
dengan lebih dekat..dimana mendapat sapaan dari jiran-jiran,

' baru balik kerja? '

dan saling berbalas senyuman.. =)

ini juga satu pengalaman bukan? sangat berharga buat saya..
kenapa mesti mengeluh..saya harus tenang..dan apabila hati
tenang..dengan sendirinya setiap urusan dapat diselesaikan
dengan mudah..pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
saya sudah puas menerima hujan ribut dan segala huru hara..
dan sekarang sangat yakin pasti akan ada pelangi untuk saya..

sesuatu yang tidak disangka 
akan menjadi lebih istimewa bukan?
saya tidak sabar! gheeeee~~
dan akan terus menunggu untuk itu...

doakan untuk saya? 


nota: terima kaseh yang tidak terhingga saya
ucapkan kepada kawan baik saya, tina.
kerana sudi menjemput saya ke pejabat
dan menghantar saya pulang ke rumah.

terima kaseh juga saya ucapkan kepada 
kawan baik saya, fateha.kerana sudi
meminjamkan kereta untuk saya menghadirkan
diri di mesyuarat sekolah satu malaysia tersebut
yang berlangsung di kementerian pelajaran, putrajaya.

semoga Allah membalas setiap kebaikan ini dengan
sesuatu yang lebih baik lagi.

amin.


' some people see more in a walk around the block than
others see in a trip around the world '




4 comments:

MasZuber said...

sabor ajela..

BonekadalamChermin said...

mastora

apekah yang kau sabor kan?
elaborate plis! gheeeeee~

fidde said...

hmm...andai suatu kesukaran itu dilihat dari sudut positif, maka peratusan untuk kita merdhakan segala ujian Tuhan itu akan menjadi lebih tinggi, dan sudah tentulah kasih sayang tuhan kepada kita menjadi tinggi juga. lantas, apakah yang lebih bernilai kalau bukan kasih sayang dari Pencipta kita?

BonekadalamChermin said...

fidde

yer.benar sekali kata-kata itu.
terima kaseh juga kerana turut berbahasa melayu baku.haha.ketenangan hati itu sangat perlu.kerana semuanya datang dari hati..! *winkwink*