BERANI NAK IKUT??

Friday, March 26, 2010

SRI MERSING!


HUARGGHHHH!!!

aku tengah stay up ni sebenarnye..dan tengah jem buat assignment
sekerat..adeh..bila la nak ubah attitude yang kiut ni kan? dahla buat
keja suka suki je last minit..pastu ada masa la pulak nak jem la..itula..
inila..huhu..bila membaca=mengantok..mengantok=minum nescafe..
bila minum nescafe=pengambilan kafein..bila pengambilan kafein=?..
bolehla refer entry KAFEIN..tetttt!!! ahaha..pop kuiz sekarang! weeee~
eh jap..nak tau? aku dapat mesej di fesbuk dari kawan lama sekolah
rendah..can u imagine that?? kawan lama dari sekolah rendah ok??
lama sudah..dekat 17 tahun dah..dia bukak blog aku yang merapu ni
lalu mengatakan :

INTERESTING BLOG. u certainly can paint a happy picture
even in simple daily routine. Hebat.

hmm..
i am so speechless..kat mana la yang dia nampak happy itu yer?
haih..aku menulis bukan kerna nama..eheh..tibe-tibe! gheee~~
terime kasehla..bukan untuk dia saja malah untuk semua juga yang
rajin nak baca apa yang aku tulis kat sini..this is where i jot my honest
opinion..itu sajelah..ewah..emosi pulak la kan..ha..meh sini jap..
aku nak story telling pasal teater sri mersing yang aku dah tengok ni.
memang aku pegi tak plan..tup..tup..jadi je! thanx a lot to kak zakiah
kerana sudi membelanja tiket teater tersebut walaupun seat aku
agak berjauhanla dari dia dan tina..huhu..takpe..janji tiket free!! =]

teater sri mersing ni sangat simple tapi menarik! ahah..aku suka!
kenapa suka? bukan sebab pelakon-pelakon tapi sebab plot cerita
dan juga sinematografi (boleh pakai ke istilah ni dalam teater?)
maksud aku, lighting effect..scene transition..props..stage flow..
almost perfect! kalau nak tau, sebut sri mersing..sumpah aku tak tau
pun yang dia ada kena mengena dengan ' kajang pak malau...'
boleh? nampak sangat pegi tengok sebab tiket free! tapi..chop!
walaupun begitu..jalan cerita dari satu babak ke satu babak sangat
tidak menghampakan..especially tarian zapin, gesekan biola dan
paling best gurindam jiwa..ouh..sangat indah! sinopsis cerita? hmm..
it's just a flashback zaman damak (adi putra) yang dikeji, dihina
oleh orang kampung sebab dia pendatang..itu yang kua ayat..

' dagang pak malau dagang bertempat
dagang hamba musafir lalu '

sri mersing (elly mazlein) sangat cintakan damak tapi dipaksa
kawen dengan anak tok penghulu..kesahnya ni chenta tak
kesampaian la..sampaila ke zaman anak damak, merah..
pun sama..chenta tak kesampaian jugak..kalau nak tau
cerita lanjut..silelah google sinopsis..ahaha..suara elly mazlein
memang power la kan..semua orang pun bersorak bila dia nyanyi!
hebatlah! ha..dalam kemelut cerita chenta yang tragis ni..
maseh ada unsur-unsur kelakar yang diselit..ha..itu yang best!
apa yang aku ingat..tiba-tiba boleh bagi teka-teki la pulak..

' antara perempuan mengandung dengan janda
pegi mintak keja dekat tok penghulu..
agak-agak siapa yang dapat keja tu? '

heeee~~jawab! jawab!
memang rata-rata akan jawab janda la kan..sebab logiknya,
janda ni memang hot stuff (ahaha..) dan lebeh berkemampuan
dari perempuan mengandung..haaa..tapi itu salah ok?
jawapannya ialah..PEREMPUAN MENGANDUNG!!
sebab apa? ulang plis..sebab apa?? hehe...teka cepat!
sebabnya ialah perempuan mengandung ada ORANG DALAM!
ahaha..adeh..tak pernah dengar lagi lawak ni ok? dem!

baiklah..marilah kita sama-sama menyokong perjuangan
orang seni dalam memartabatkan kesah sejarah lama yang mana
setiap kesah sejarah pasti ada tinggalan berharga yang tersendiri
yang boleh sama-sama diambil iktibar dan pengajaran daripadanya
seperti mahsuri, natrah, dang anum, tun teja, puteri gunung ledang
dan lain-lain..aku bangga dengan sejarah kita!

=)

inilah dia teraju utama teater sri mersing..
adi putra, elly mazlein dan melissa saila..
dato' shah reza ialah salah sorang penonton yang datang..

hmm..aku nak share GURINDAM JIWA ni..
aku sangat suka!

tuailah padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intailah kami antara nampak
esok jangan layu-layuan

anak cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
di dalam hati tidakku lupa
sebagai rambut bersimpul mati

batang selasih permainan budak
daun sehelai dimakan kuda
bercerai kasih bertalak tidak
seribu tahun kembali juga

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan

kalau tuan mudik ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga

sedap kan? hehe..aku memang berjiwa klasik nasional sket..
gheee~~ panjang berjela sudah..mesti tak larat nak baca kan?
haha..ok..berhenti dulu di sini.

jumpa esok?