.
.
.
‘ Kalau abang sayangkan saya dan anak-anak, ceraikan yang sana 
‘ Kalau kakak tak mahu juga berdamai, abang ceraikan saja. Rimaslah! ’
Hisyam buntu. Risiko yang diambil makin meruncing. Bukan mudah untuk beristeri dua. Sudah tiga tahun. Tapi masih tak nampak tanda-tanda akan aman. Setiap kali tiba musim perayaan, pasti akan terjadi pergaduhan besar. Yang tua mahu hak yang lebih. Yang muda mahu dilayan seperti permaisuri.  Bukan tak pernah cukup apa yang diberi. Cuma mereka tak pernah puas. Setiap kali pasti akan ada perbandingan.
‘ Saya dah lama bersama abang. Dah beri abang tiga anak. Ini saja saya dapat? ’
‘ Saya kan sana 
‘ Abang kan 
‘ Abang, saya demam ni. Ala sana 
Begitulah setiap kali. Umpama tarik tali. Hisyam tersepit. Malam tadi paling dashyat. Lina datang serang rumah Tuti. Anak-anak turut diheret sama. Masing-masing nak tunjuk taring. Tak mahu mengalah. Habis tingkap rumah dipecahkan Lina. Gara-gara Tuti tak mahu buka pintu. Bukan Hisyam tak mahu pulang ke rumah Lina malam tu. Tapi Tuti loya teruk. Sampai pitam. Dia cuba 
‘ Abang!!! Abang nak kemana? ’
Enjin kereta dihidupkan. Lalu meluncur laju. Tak tahu menuju mana. Kalau dia masih di situ, dia bimbang ada yang lebam dibelasah. Malu dengan jiran-jiran. Air muka seperti dah tak ada. Tebal.
Hisyam memilih untuk bermalam di hotel saja. Lobi dijejak. Check in. Sehelai sepinggang. Masuk ke bilik. Rokok dinyalakan. Kusut. Nikotin disedut. Dalam-dalam. Asap dihembus. Mata dipejam. Tarik nafas. Telefon bimbit dicapai. Dail.
‘ Zila. I kat Sri Malaysia 
Masalah malam itu dianggap selesai. Setakat malam itu. Esok belum pasti. 
|  | 
| illustrasi hanya rekaan. tidak ada kena mengena dengan isi cerita. | 
.
...
semalam kemas-kemas fail lama
jumpa cerita-cerita pendek
yang aku pernah tulis
lama dulu
:)
.
 

















 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
