.
.
.
‘ Kalau abang sayangkan saya dan anak-anak, ceraikan yang sana ’
‘ Kalau kakak tak mahu juga berdamai, abang ceraikan saja. Rimaslah! ’
Hisyam buntu. Risiko yang diambil makin meruncing. Bukan mudah untuk beristeri dua. Sudah tiga tahun. Tapi masih tak nampak tanda-tanda akan aman. Setiap kali tiba musim perayaan, pasti akan terjadi pergaduhan besar. Yang tua mahu hak yang lebih. Yang muda mahu dilayan seperti permaisuri. Bukan tak pernah cukup apa yang diberi. Cuma mereka tak pernah puas. Setiap kali pasti akan ada perbandingan.
‘ Saya dah lama bersama abang. Dah beri abang tiga anak. Ini saja saya dapat? ’
‘ Saya kan tengah berbadan dua ni. Suruhla kakak mengalah. Malam ni abang tak payah balik sana la. Plis sayangggg…’
‘ Abang kan dah berjanji nak berlaku adil? Kenapa abang tak balik? Anak-anak belum makan ni tunggu abang. Cepatlah! ’
‘ Abang, saya demam ni. Ala …anak-anak abang dah besar la kat sana . Yang kat sini perlukan abang lebih tau. ’
Begitulah setiap kali. Umpama tarik tali. Hisyam tersepit. Malam tadi paling dashyat. Lina datang serang rumah Tuti. Anak-anak turut diheret sama. Masing-masing nak tunjuk taring. Tak mahu mengalah. Habis tingkap rumah dipecahkan Lina. Gara-gara Tuti tak mahu buka pintu. Bukan Hisyam tak mahu pulang ke rumah Lina malam tu. Tapi Tuti loya teruk. Sampai pitam. Dia cuba menerangkan tapi umpama mencurah air ke daun keladi. Nyata segala kata akan dianggap alasan semata. Hampir tapak tangannya hinggap ke pipi Lina. Akhirnya dia pilih untuk beredar dari situ. Meninggalkan kedua-duanya terpekik dari balkoni rumah.
‘ Abang!!! Abang nak kemana? ’
Enjin kereta dihidupkan. Lalu meluncur laju. Tak tahu menuju mana. Kalau dia masih di situ, dia bimbang ada yang lebam dibelasah. Malu dengan jiran-jiran. Air muka seperti dah tak ada. Tebal.
Hisyam memilih untuk bermalam di hotel saja. Lobi dijejak. Check in. Sehelai sepinggang. Masuk ke bilik. Rokok dinyalakan. Kusut. Nikotin disedut. Dalam-dalam. Asap dihembus. Mata dipejam. Tarik nafas. Telefon bimbit dicapai. Dail.
‘ Zila. I kat Sri Malaysia . Room 403. Temankan i malam ni. ’
Masalah malam itu dianggap selesai. Setakat malam itu. Esok belum pasti.
illustrasi hanya rekaan. tidak ada kena mengena dengan isi cerita. |
.
...
semalam kemas-kemas fail lama
jumpa cerita-cerita pendek
yang aku pernah tulis
lama dulu
:)
.
31 comments:
mambang mabuk minum brandi...
kirim salam zila, biasanya no3 selamat, pasal no1 dengan no2 dah letih bergaduh, hehe :)
cis! baru nk komen :
'harap-harap anak bertiga diheret bersama ke hotel'
tapi tak jadi la kan?
nak jadi script writer kah?
kalau dua dua merajuk, ana kawen tiga..haha
masalah yg ada tak selesai.. tambah masalah baru
isk isk isk
salam, tuan rumah =)
alangkah indahnya hidup ini.... andai ku dapat berkahwin 3.... hmmmmmmmmm...
Macam hampeh perangai...camtulah..lelaki kan...
Bes citer ko beb,nape tak teruskan?
keh2..power juge.
menarik....
mlas nk komen lebih2 :) sorry ek
[kog]
hihi
ye betol
'mambang mabuk minum brandi'
cerita ni sampai sini
taktahu sapa yang selamat
:P
[tupaimerah]
lecehla bawak anak
tiga pulak tu
hahaha
[daddy]
sekali sekala layan
hihi
[sixseptember]
ko punye pasal la aku up entri ni
ko suke kan nak jadi yg first?
hahaha
[hani3]
yep
thats the point
waalaikumsalam
thanx yer singgah
buah tangan xde?
hihi
[abangjonni]
bagi lepas SATU dulu
:P
[hantukaklimah]
selalu camtula
tapi
THINGS HAPPENED FOR A REASON
:)
[mizzunderstood]
hihi
thank you
kalau teruskan
ada yg bercerai
[hiro]
haha
boleyla
power puff girls!
:P
[bro]
kadang-kadang
perlu lihat kehidupan
dari sisi lain
manusia tidak sempurna
:)
cik boneka...
kalu mahu menulis, kite kena kuat berangan...wah, kamu mmg suka berangan!!!hehehe
sebab bro lihat tue yg bro xnk komen lebih2..
krg ade terkena kat hidung sendiri nnt
amboi..
aku suke crite pendek.
[balkis]
hihi
bukan sahaja hasil angan-angan
ini juga hasil drpd pergaulan dgn rakan2
cerita setiap org tak sama
jadi
jangan prejudis
TERIMA KASEH SUDI MEMBACA DAN KOMEN!
hihihi
[bro]
hahaha
bagus kalau beringat
mana tau tiba2 rezki beristri 3 kan?
:P
[maszuber]
hihihi
TERIMA KASEH SEBAB SUKA
menulis perlukan konsentrasi dan ilham
ia tidak datang hari-hari
:)
harap cam tue la...
bro maybe akan.. tp xtau bila..
adik bongsu bro awal2 dh ckp.. 2 org n calon mmg ade depan mata siap bakal pak mertua dah bg green light lagi...
[bro]
seronok tu
sila jemput ye!
renjis
renjis
dipilis~
:)
tunggu sambungannya di iRise.
*bookmark*
(:
kobe shoes
timberland outlet
yeezy
ferragamo belt
air max 97
air max 2019
golden goose sneakers
michael kors handbags
hermes belt
kevin durant shoes
g9o99j7a60 e9f65e9y44 n3w95c0q21 w9r14b5e20 i2g64y1y51 z3b04d9c82
Post a Comment