BERANI NAK IKUT??

Saturday, January 15, 2011

PERTAMA SELEPAS 20



.
.
.


sabtu, 15.1.11

bangun pagi. lepas terkejut terima sms tina. cepat cepat buat apa patut. toilet. bentang sejadah. jam 7. huhu. terima sms mas. 


' aku baru bangun! nugget tak goreng lagi. aku amek kau lambat sikit. sori '


aku senyum. lega. langsung balas,


' bagus. aku lagi suka.'


aku pun tak mandi lagi. pantas siapkan sandwich tuna. oregano, blackpepper, thousand island, mayonis dan bawang cincang. campur dalam tuna. kacau. ambil salad. letak atas roti. koyak cheese kecil kecil. sapu tuna. potong roti. perbuatan diulang ulang hingga tuna habis. salad dan cheese yang lebih disimpan. dalam peti sejuk. mini bar. budak rumah semua 5 orang. peti sejuk tu dah jadi gudang. macam macam sumbat ada. penah aku buka peti ais tu. epal tergolek keluar. diikuti coklat bar. lepas tu ikan keli jatuh gedik gedik. ok tipu. sandwich siap. mandi. pack baju apa patut. tunggu driver mas datang. nak pi piknik kat frim. hehe.


tau frim kat mana? frim atau forest research institute malaysia terletak di kepong. banyakla aktiviti riadah boleh diadakan disini seperti berbasikal, joging, mandi air terjun, main bola, lari lari anak, cuci cuci mata dan macam macam lagi. bolehla gugel kalau nak tahu lebih lanjut. masuk kena bayar. bukan free.


hari ni juga aku makan dengan tanpa henti dan banyak sekali. tak terperi. kek batik, kek coklat, kek keju, puding koktel, nugget ayam, kepak ayam, sate minang. dan sandwich buatan sendiri. 


dan hari ini juga pertama kali selepas 20 tahun aku mandi air terjun. last sekali aku mandi di ulu yam. darjah lima. hanyut. lemas. nyaris maut. sejak dari hari tu, aku dah tak ada hati nak mandi air terjun. ARUS JAHATTTTT!!! eh tiba tiba. ok dah. panjang entri ni. 





air memang sejuk dan ada ikan kecik kecik gigit kaki




ini kawan aku, mastura. boleyla kalau nak ngorat. hihi.




ini boifren saya. pis!



gamba makanan memang tak ada sebab tak teringat pun nak snap. masing masing yang semuanya berenam kecuali tina, sibuk suruh ambil gamba sendiri saja. lepas tu makan.

sekian cerita.



.





...



baru lepas menjerit sakan
jarum penimbang tak berada 
di senggat biasa





esok nak beli penimbang baru






errr,
esok juga aku jawab 
semua komen kat entri lepas
penatla hari ni
buat sandwich


kahkahkah



jom?




.





18 comments:

Muna Zaen said...

beli la penimbang digital..takde senggat..hehe

gadisBunga™ said...

deyyy..apesal tak cakap makanan harini lebih best dari haritu????

ankeljonni said...

huiyyooo... piknik sambil mandi manda. kem salam kat mastura... huhuhuhu

MasZuber said...

waalaikumsalam abg jonni.

sila ambil maklum. comment di entry "temberang Kuat" adalah sebelum bace entry ini.

huhuhu

tahniah kerana anda berjaya mengatasi fobia air terjun anda. 2 thumbs up!

h4ni3 said...

berendam-sejuk-perut lapo-makan-main air lagi-tangan kecut-mulut rasa nak ngunyah-makan lagi-masuk lagi ke sungai-gedebush2-banyak kalori hilang-perut berbunyi lagi-makan lagi lagi.... dan begitulah seterusnya. sbb tu weighing scale tu pun pening.. ahahaha

nasikputeh said...

oit ape ko buat kat budak tu ha.. bwh umur lagi tuu..

Bro Framestone said...

eh.. cam bro kenal je budak mas tue...?

blogger gak kan..?

he..23x bro gelak lagi.. tang ikan keli

klik link nie untuk ke
BroFramestone Blog

BonekadalamChermin said...

_THEDREAMER |

kahkahkah

digital lagi bahaya!!!
SUMA LEMAK DIA DETECT!

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

BonekadalamChermin said...

_GADISBUNGA |

u ada dekat chini maaaa

yenna?


.

BonekadalamChermin said...

_ABANG JONNI |

hahaha
mastura tu garang


kan dah kene sound??

kahkahkah

BonekadalamChermin said...

_MASZUBER |

hahaha
abang jonni berkenan la tuu

fiwit
fiwit

...

baru terbuka hati nak try
sekali kena gigit ikan

huhuhu

BonekadalamChermin said...

_Dr HANIE |

hahaha

setuju sangat!

berendam, pastu naik ke darat, lapar
pastu ulang lagi


mesti air dah serap masuk dlm badan

kan?
kan?

sebab tu BERAT!

hahaha

BonekadalamChermin said...

_NASIKPUTEH |

dia yang nak kat aku
aku dah cakap dah kat dia


TAK BOLEH!


kahkahkah

BonekadalamChermin said...

_BRO |

hahaha
ikan keli yg dia gelak

:D

yela
budak tu blogger jugak

selamat berkenalan la yer


.

Bro Framestone said...

he..23x dah tang tue yg buat bro gelak.. meleleh juga la air mata..

suka.. bro suka sangat baca tang tue

yup.. bro kenal :)

klik link nie untuk ke
BroFramestone Blog

BonekadalamChermin said...

_BRO |

hahaha
len kali tukar ikan pulak




:)



.

yanmaneee said...

nike air vapormax
adidas yeezy boost
balenciaga
christian louboutin shoes
birkin bag
ultra boost 3.0
yeezy boost 350
hermes birkin bag
kd 10
yeezy shoes

Anonymous said...

supreme hoodie
off white t shirt
bape outlet
kyrie irving shoes
golden goose
off white hoodie
hermes birkin
spongebob kyrie 5
kd shoes
giannis shoes