BERANI NAK IKUT??

Monday, January 31, 2011

ATAS TEPI BAWAH



.
.
.


kerja sekolah. design. bukan senang. maksud aku, bukan senang nak ada idea. mood pun nak kena set baik punya. untuk design presentation yang pertama dalam semester ni, sumpah aku takda idea. dan malas. mula mula berkampung dalam bilik saja. buka buku. tidur. bangun. sketch sikit. bosan. tidur lagi. ah. tak boleh jadi. masa dah suntuk. tengok jam dah 1 pagi. tapi apa pun tak ada lagi. esok kelas mula jam 9 pagi. serabut. hu~



*bukan masa buat design ja selalu bersepah macam ni.
hari hari biasa pun sama. tidur hujung hujung tilam.
kahkahkah. ok loser. _._"







mungkin suasana kondusif sangat untuk tidur. jadi aku ubah tempat. angkut semua buku buku laptop segala bawa ke ruang tamu rumah. sambung. buka buku. sketch. bosan. tidur lagi. kali ni atas lantai. huhu. terjaga pukul 4 pagi. terus mata cerah. dan dan sambung kerja. godek sana. godek sini. tak tidur lagi dah. tak sempat. lepas buat design nak kena print. jadi nak kena bajet masa untuk printing pulak. siap. pukul 8 mandi. 830 print. gedebuk gedebak. pukul 940 baru masuk kelas. fuh.


memang masak kena pangkah design dengan lecturer. tak faham kenapa lecturer perlu emosi. kehkehkeh. biasa la tu. dengan otak yang tepu. hujan kat luar. perut yang lapar. mata yang mengantuk amat. maklumlah tidur 2 3 jam saja. ok cukup.


apa yang aku nak cakap kat sini ialah, tadi balik dari kelas aku terus pensan. sedar sedar dah pukul 830 malam. dunia dah terbalik. jadi sekarang ni dah tak boleh tidur. terkebil kebil. sambil memangku laptop. dan menaip ini. 






...

moral of the story
kalau dah bosan takda idea
tak perlu nak ubah ubah tempat

sebab

 bapak tak best tidur atas lantai!!
sakit badan
huhuhu



aku memang sangat suka 
buat kerja sekolah last minute
dulu stadi nak exam pun
last minute jugak


JANGAN JADI MACAM AKU plis!



jom?




.


Thursday, January 27, 2011

NAMA PANJANG AMOOO-RE

.
.
.



bercerita pasal sms ni. dalam aku dok kemas kemas sms yang melambak dalam inbox. maklumlah telefon bimbit zaman tok gajah. storage untuk inbox tak besar mana. jumpa 1 sms dalam folder archive. maksudnya sms yang disimpan. mustahak. tak boleh hilang.


" ko kuar tol tangkak then ko hala ke muar akan jumpa pekan sg mati, cari signbod muar. lepas jambatan besar, cross sungai muar ko akan otomatik membelok kiri terus rapat kanan cari 7 eleven. belok kanan dan cari signbod kompleks mahkamah. once ko jumpa mahkamah belah kiri terus je lagi. jumpa parit sakai, parit bakar, sampai jumpa muar lite belah kanan then umah aku belah kanan "


fuh. punya panjang dia sms. masa tu aku baru nak exit tol tangkak. lepas beberapa jam dia sms balik tanya aku kat mana. sepatah ja aku jawab,
 


" SESAT "





...











ini namanya kipas lipas!
hahaha



jom?




.

Wednesday, January 26, 2011

ANGKAT TEKAN SEND




.
.
.


telefon bimbit aku. ada hari langsung tak disedari kewujudan. ada hari, macam hari ini, terus jadi tak menang tangan. sms masuk bertubi tubi.



' sk tumpat: pemeriksaan bomba kali kedua akan diadakan pada hari khamis 27.1.11, 10 am '


' beb. ko ada offer pakej amek gambar baby tak? '


' luahan perasaan: honestly aku malas nak arrange makan2 involving a lot of people...bla..bla..bla (3 perenggan)...anyway, jadi ke kampung boy musical? '


' weh. album wedding aku bila boleh dapat? '


' beb! u dah buat apa untuk design? apa nak present ahad ni?? omg. i apa pun tak buat lagi ni! i cuak '


' makcik. tengok wayang jom hari rabu ni '


' ayen. wiken ni kau free tak? '



dalam semua semua tu. sms mak aku tetap yang paling best.


' arin. henfon hang boleh mms dak? mak nak mms gambaq tirai baru jait ni. nak mintak pendapat arin, cantik ka dak? '


laju aku skip sms yang kat atas tu. terus jawab mak aku dulu.


' rugged la mak ni. henfon arin kaler pun takdak. inikan pula mms! '


sejurus selepas itu telefon bimbit aku berdering. mak aku kol. angkat angkat saja langsung tak cakap helo. mahupun bagi salam. cuma aku dapat dengar. suara mak aku yang ketawa berdekah dekah. cis!






...


lagi satu aku nak cakap
hidup aku sangat sibuk

sebagai seorang pekerja di syarikat orang
sebagai seorang pelajar final year tesis architecture
sebagai seorang penghutang ptptn yang dah kena saman
sebagai seorang part timer fotografi yang cari duit poket
sebagai insan normal yang ada aktiviti dengan kawan kawan
sebagai kakak yang busy siapkan goodies untuk majlis kawen adik
sebagai seorang anak yang mak asyik tanya bila nak balik
sebagai seorang pengguna fesbuk tegar
sebagai seorang pembaca blog yang setia


hahaha

jadi aku tak ada masa nak port benda remeh temeh
yang langsung tak ada kena mengena dengan hidup aku
aku minta maafla kalau ada yang pakai cincin berlian
tapi aku tak tegur atau puji atau tanya bila beli


sebab aku tak rajin nak ambil tahu


kadang kadang ada kawan kawan clash
dah couple dengan orang lain pun aku taktahu

kahkahkah







ok setel



.




Monday, January 24, 2011

MAKAN DALAM

.
.
.



kalau rajin tengok cerita p ramlee mesti dah kenal atau silap silap boleh hafal dialog dialog kelakar ajis, sudin, tompel, ahmad nisfu, m zain dan lain lain. dengar dialog saja dah boleh teka cerita apa.


' ini misai ka tanglung? '

' jolok motosikal ye bang? '

' dia banyak degil incik. dia punya kapla batu besar ada duduk '


hahaha. tapi aku paling suka dialog ni. kat dalam scene cerita bujang lapok. kalau buka youtube bolehla tengok scene 9/12. 


' nah mak '

' mak tak mahu '

' kenapa mak? '

' sudahla prani. kau janganlah menipu lagi '

' mak, dalam dunia ni kalau kita baik hati, kita jujur, tak mau cakap banyak, kita akan dipijak, mak. tetapi, kalau kita bohong, menipu, meninggikan diri, orang pandang mulia pada kita, mak. sekarang mak pilih, satu antara dua. mak suka prani beginikah? atau suka prani menjualkan kehormatan prani kah? '


...


aku suka. dan bersetuju. sandiwara dunia.





...


anyway, 





sabtu dan semalam aku kat pontian 
wedding photoshoot adik kawan aku 
weekend trip dengan kawan kawan memang best
perjalanan yang hampir 5 jam rasa sekejap saja


paling best berhenti di stesen minyak
beli kitkat, super ring dan cheezels
makan dan sepah dalam kereta


hahaha

.


*big hugs to balkis, tina and mastura
best companion ever!! 


jom?


.

Thursday, January 20, 2011

ALIF BA TA




AMARAN: entri ini paling panjang dalam sejarah. jika tak cukup sabar, JANGAN BACA! pi baca media hiburan. ada gambar pompuan cantik dan seksi seksi. hahaha.



.
.
.



tadi aku ke pasar malam. dengan tina. hujan baru nak turun. teringat masa mak ayah aku berniaga pasar malam dulu. kat selayang baru. hari isnin kat bukit botak. selasa kat sungai buloh. rabu. rabu tak ingat. khamis kat wira damai. ok yang tu aku hentam. mana nak ingat. masa tu umur baru 10 tahun. tapi memang enam hari dalam seminggu. satu hari saja rehat. 

ayah aku askar. mak pula tak bekerja. gaji tak cukup nak sara anak dah tiga. pagi pergi pejabat. balik tengahari siap siap barang untuk berniaga. jual laksa, mee rebus, pasembur dan cucur udang. ada 3 jenis kuah nak kena masak. kesian mak. 

masa tu tinggal di rumah atas. rumah 2 tingkat ada 4 pintu. tangga kat luar. setiap kali nak kena angkut periuk berisi kuah yang berat turun ke bawah. kesian ayah. adik adik aku jaga. dari pukul 3 petang sampaila pukul 11 atau 12 malam. 

mak selalu tinggal duit kat aku. disuruhnya aku bawa adik adik pergi kedai beli jajan. masa tu adik yang bongsu baru tadika. paling banyak kerenah. pernah juga aku bawa adik adik lintas jalan beli ais kacang. tapi yang tu aku tak cerita kat mak. nak kena belasah dengan tali pinggang? hahaha.

kalau hari cuaca baik. jualan laris. mak ayah balik muka pun cerah. kadang kadang adik dapat mainan. tapi kalau hari hujan. banyak yang tak habis. masa ni jangan siapa pun cuba nak buat perangai. memang percuma dapat maki ayah. kami semua memang dah faham sangat. ayah penat. esok kerja pula.

datang dari keluarga yang tak senang banyak mengajar aku erti kehidupan. dulu aku selalu merungut. kadang kadang rasa malu. kawan kawan naik kereta cantik. ayah cuma mampu pakai fiat lama. yang lantai dah terkopak. bumbung pun bocor. pintu sebelah pemandu pernah tercabut. macam macam.

ayah selalu pesan. belajar rajin rajin. jadi orang senang. kalau boleh dia tak mahu seorang pun anak anak ikut jadi askar. teruk. ayah pernah cerita. masa umur aku 6 tahun. tinggal di anak bukit. ayah cuma mampu beli baju raya dekat aku dan adik adik dengan harga kurang lima ringgit sehelai. pernah juga baju kami pakai ulang ulang sampai reput. mak kata boleh koyak terus jadi kain buruk. tapi masa tu kami tak mengerti apa apa.

dulu aku selalu tanya Tuhan. kenapa aku dilahirkan dalam keluarga susah? aku benci. aku jeles tengok kawan kawan boleh dapat apa sahaja. sedangkan aku nak beli kasut sukan pun ayah dah soal siasat macam nak kena masuk penjara. 

tapi sekarang. aku tadah tangan. syukur pada Tuhan. sebab aku susah. aku belajar berdikari. aku tahu erti rendah diri. paling penting aku belajar menghargai apa sahaja yang aku dapat. 

pernah dulu aku menjadi bahan ketawa. hanya kerana memakai sepasang kasut berjenama bata di ofis elit. manalah aku mampu nak pakai clarks. ataupun hush puppies seperti mereka. beg tangan mahal mahal. walaupun jawatan tak seberapa.

pengalaman hidup setiap orang berbeza. itulah yang menjadi pita ukur tahap kematangan individu. yang bukan terletak pada usia. tapi pada kehidupan yang telah lalu. bersyukurlah dengan setiap yang ada. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 


aku sayang mak ayah aku. adik adik aku. nenek aku. kawan kawan aku. paling penting depa tak penah gelak aku pakai kasut bata. aku sayang depa! huhuhu.

sekian.


.








nasehat aku

jadilah diri sendiri 
walau kat mana pun kita
jangan belajar jadi sombong
jangan hina orang susah





...


panjang sungguh entri kali ni
sekali sekala nak seriyes sikit



takmau baca sudah!



kahkahkah




jom blah?




.



Wednesday, January 19, 2011

BOTOX

.
.
.




thaipusam tu yang wel wel kan?






.




...



dia cucuk tang sana
cucuk tang sini


kalau tak cucuk





MANA BOLEH!







ok bai

.

PANADOL 3 BIJI

.
.
.


khamis malam jumaat. macam biasa tak ramai yang stay up malam ni. maklum saja jadual sekolah asrama, hari khamis ialah hari formal dinner. semua wajib makan malam di dewan makan. makan dengan sudu garfu. leceh. dengan berpakaian rasmi sekolah. baju outing. selepas itu mereka yang boleh menunaikan solat wajib solat maghrib dan isyak secara berjemaah di surau. selang waktu diadakan bacaan yaasin. penat. jadi ramai yang memilih untuk lepak di dorm masing masing saja malam tu.


suasana di bilik belajar tingkat 3 blok A juga suram. cuma ada 4 orang sahaja yang masih berjaga. menelaah. spm semakin hampir. malam semakin lewat. jam hampir 3 pagi. seorang demi seorang undur. pulang untuk tidur. tinggal laila sendiri. 


telinga disumbat dengan walkman. lagu lagu dendangan back street boys menjadi teman. show me the meaning of being lonely antara yang digemari. tegar untuk menyudahkan bacaan. buku teks usang berkulit coklat tua itu diselak. bab 5 sejarah malaysia. didapati sukar. sekali sekala dia mencatat nota. dan meneguk air dalam tumbler. air water cooler. yang ditadah. yang terasa karat besi. itu saja sumber air minum yang mudah. telan.


memilih untuk duduk menghadap ke luar tingkap. jauh dari koridor orang lalu lalang. favourite spot. lebih tenang. ada pemandangan. fresh air. walaupun kelam. lampu lampu di luar bercahaya. kadang kadang nampak bulan. 


' assalamualaikum. dah lewat ni. tak tidur lagi? '


laila seperti terdengar ada suara yang menegur. perlahan jari meraba punat walkman. memperlahankan volume. mengangkat muka. memandang ke arah suara tadi. tepat. sudah dapat diteka. warden yang meronda. cikgu rohaya. 


' waalaikumsalam. belum lagi cikgu. sikit lagi nak abiskan '


sambut laila sambil tersenyum. tawar. mata dah memberat sebenarnya. 


' jangan lewat sangat. awak sorang sorang ni. tak takut ke? '


laila sekadar menggangguk dan membiarkan saja cikgu rohaya berlalu. bayangnya semakin hilang. dari luar tingkap yang tidak berkoridor. bulu roma tiba tiba tegak. cuba menidakkan perbualan tadi. laila berani menjenguk keluar tingkap. pandang bawah. sayup. pandang kiri. kanan. ah. mamai mungkin. tak ada apa apa.
 

' ya. cari saya? '


betul betul atas kepala.
 

esoknya laila demam.



...












menu hari ini ialah sambal bilis!




:)



.

Tuesday, January 18, 2011

AKU PUNYA SUKA

.
.
.


over spent. atau terlebih belanja. ha. itulah dia. perkara ini jarang berlaku. dalam hidup aku. selalu aku detail sikit dalam budget bulanan. tapi bulan ni. sakit hati punya pasal. bila aku budget duit. makan pun tahan. nak beli seluar baju pun kedekut. tiba orang nak pinjam. aku bagi. senang ja. pastu bila aku nak duit aku, dia bagi alasan. macam macam. bayarnya tidak. penat nak fikir.


oleh itu. bulan ini. aku belanja duit aku. sesuka hati aku. kahkahkah. sudahnya? sekarang aku tak cukup duit. nak spend sampai hujung bulan. maka dengan itu. aku masak bawak bekal pi opis. bermula dari..... ahad lepas! toittt!


padan muka aku.





 ini menu bekal aku semalam. isnin. 17.1.11.

gula perang, garam, lada hitam, bawang puteh
dan juga kicap. campur. perap daging.
lagi lama lagi sedap. ikut suka. hahaha.

 


pastu masak. jangan lupa taruk minyak.
sampaila kering. pandai pandaila adjust rasa.
tu aku goreng hirisan bawang puteh. barula style.
ni nama dia daging blackpepper. bagi jela nama.

...



ok ready?

ini menu aku hari ini. selasa. 18.1.11.
 


 cili kering yang dah direbus dikisar dengan
bawang merah dan bawang puteh. sampai lumat.
tumis dengan minyak. sampai cili kisar tadi garing.
baru masuk asam jawa. garam. gula. udang.

ubi kentang tu esokla aku bagi resepi. kahkah.

 


 tadaaaaa!!!! 
sambal tumis udang! bukan susah pun.




sebab aku sengkek bulan ni. terpaksala aku heret korang turut sama merasai. kahkahkah. layan je la. bukan kena bayar pun. 



sedap. aku jamin. nak try? gila ah. masuk lif. tekan sendiri. ok tak sabar tunggu lunch hour.

 

chiow! 




.


...


err,
penah tak over spent macam aku?


lagi satu
sapa kata budak asrama tak boleh masak?
weyyy kami masak megi dalam gayung tau
goreng telur atas seterika
penah buat??




hahaha


.



Monday, January 17, 2011

LAT TALI LAT



.
.
.



pernah tak jumpa orang yang bekerja sebagai admin ofis, berangan macam ofis tu ofis bapak dia? 



sekian soalan.



.

Sunday, January 16, 2011

TOAST ORANG PERANCIS

.
.
.





2 biji telur, secubit garam, sos cili, 
sos tomato, oregano, blackpepper.
pukul sampai serasi bersama.




 celup roti dalam telur. jangan sampai rendam.
nanti tak sedap. goreng atas non stick pan.
sebab taknak berminyak. hasilnya akan dapat,
telur yang masak dan roti yang masih segar.

  


 salad. bawang. cheese yang dikoyak kecil.
cukup. aku memang suka makan macam ni ja.
sos suma dah masuk dalam telur tadi.
simple kan? tak messy dan kalut. eceh!





tadaaaaa!!!!

masuk tupperware. masa panas panas.
bagi cheese tu cair sikit. bawak bekal. pi opis.
aku keja hari ni. huwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!







...


SALAM HUJUNG MINGGU!!!



esok isnin dah
huhuhu


.

Saturday, January 15, 2011

TEMBERANG KUAT



.
.
.


dulu. aku dah pernah kena. ada blogger ni. baca blog aku. add fesbuk aku. cerita masalah dalaman tanpa aku minta. pastu jumpa. lepak dengan kawan kawan dia. pastu suka. suka sangat sangat sangat dia kata. ayat memang tak ingat. sms dari pagi sampai malam. esok paginya awal awal dah sms lagi. ulang ulang. hari hari. gempak. 
















...



bodohla aku percaya!


.

.

.




CILAKA




.

PERTAMA SELEPAS 20



.
.
.


sabtu, 15.1.11

bangun pagi. lepas terkejut terima sms tina. cepat cepat buat apa patut. toilet. bentang sejadah. jam 7. huhu. terima sms mas. 


' aku baru bangun! nugget tak goreng lagi. aku amek kau lambat sikit. sori '


aku senyum. lega. langsung balas,


' bagus. aku lagi suka.'


aku pun tak mandi lagi. pantas siapkan sandwich tuna. oregano, blackpepper, thousand island, mayonis dan bawang cincang. campur dalam tuna. kacau. ambil salad. letak atas roti. koyak cheese kecil kecil. sapu tuna. potong roti. perbuatan diulang ulang hingga tuna habis. salad dan cheese yang lebih disimpan. dalam peti sejuk. mini bar. budak rumah semua 5 orang. peti sejuk tu dah jadi gudang. macam macam sumbat ada. penah aku buka peti ais tu. epal tergolek keluar. diikuti coklat bar. lepas tu ikan keli jatuh gedik gedik. ok tipu. sandwich siap. mandi. pack baju apa patut. tunggu driver mas datang. nak pi piknik kat frim. hehe.


tau frim kat mana? frim atau forest research institute malaysia terletak di kepong. banyakla aktiviti riadah boleh diadakan disini seperti berbasikal, joging, mandi air terjun, main bola, lari lari anak, cuci cuci mata dan macam macam lagi. bolehla gugel kalau nak tahu lebih lanjut. masuk kena bayar. bukan free.


hari ni juga aku makan dengan tanpa henti dan banyak sekali. tak terperi. kek batik, kek coklat, kek keju, puding koktel, nugget ayam, kepak ayam, sate minang. dan sandwich buatan sendiri. 


dan hari ini juga pertama kali selepas 20 tahun aku mandi air terjun. last sekali aku mandi di ulu yam. darjah lima. hanyut. lemas. nyaris maut. sejak dari hari tu, aku dah tak ada hati nak mandi air terjun. ARUS JAHATTTTT!!! eh tiba tiba. ok dah. panjang entri ni. 





air memang sejuk dan ada ikan kecik kecik gigit kaki




ini kawan aku, mastura. boleyla kalau nak ngorat. hihi.




ini boifren saya. pis!



gamba makanan memang tak ada sebab tak teringat pun nak snap. masing masing yang semuanya berenam kecuali tina, sibuk suruh ambil gamba sendiri saja. lepas tu makan.

sekian cerita.



.





...



baru lepas menjerit sakan
jarum penimbang tak berada 
di senggat biasa





esok nak beli penimbang baru






errr,
esok juga aku jawab 
semua komen kat entri lepas
penatla hari ni
buat sandwich


kahkahkah



jom?




.