BERANI NAK IKUT??

Wednesday, January 19, 2011

PANADOL 3 BIJI

.
.
.


khamis malam jumaat. macam biasa tak ramai yang stay up malam ni. maklum saja jadual sekolah asrama, hari khamis ialah hari formal dinner. semua wajib makan malam di dewan makan. makan dengan sudu garfu. leceh. dengan berpakaian rasmi sekolah. baju outing. selepas itu mereka yang boleh menunaikan solat wajib solat maghrib dan isyak secara berjemaah di surau. selang waktu diadakan bacaan yaasin. penat. jadi ramai yang memilih untuk lepak di dorm masing masing saja malam tu.


suasana di bilik belajar tingkat 3 blok A juga suram. cuma ada 4 orang sahaja yang masih berjaga. menelaah. spm semakin hampir. malam semakin lewat. jam hampir 3 pagi. seorang demi seorang undur. pulang untuk tidur. tinggal laila sendiri. 


telinga disumbat dengan walkman. lagu lagu dendangan back street boys menjadi teman. show me the meaning of being lonely antara yang digemari. tegar untuk menyudahkan bacaan. buku teks usang berkulit coklat tua itu diselak. bab 5 sejarah malaysia. didapati sukar. sekali sekala dia mencatat nota. dan meneguk air dalam tumbler. air water cooler. yang ditadah. yang terasa karat besi. itu saja sumber air minum yang mudah. telan.


memilih untuk duduk menghadap ke luar tingkap. jauh dari koridor orang lalu lalang. favourite spot. lebih tenang. ada pemandangan. fresh air. walaupun kelam. lampu lampu di luar bercahaya. kadang kadang nampak bulan. 


' assalamualaikum. dah lewat ni. tak tidur lagi? '


laila seperti terdengar ada suara yang menegur. perlahan jari meraba punat walkman. memperlahankan volume. mengangkat muka. memandang ke arah suara tadi. tepat. sudah dapat diteka. warden yang meronda. cikgu rohaya. 


' waalaikumsalam. belum lagi cikgu. sikit lagi nak abiskan '


sambut laila sambil tersenyum. tawar. mata dah memberat sebenarnya. 


' jangan lewat sangat. awak sorang sorang ni. tak takut ke? '


laila sekadar menggangguk dan membiarkan saja cikgu rohaya berlalu. bayangnya semakin hilang. dari luar tingkap yang tidak berkoridor. bulu roma tiba tiba tegak. cuba menidakkan perbualan tadi. laila berani menjenguk keluar tingkap. pandang bawah. sayup. pandang kiri. kanan. ah. mamai mungkin. tak ada apa apa.
 

' ya. cari saya? '


betul betul atas kepala.
 

esoknya laila demam.



...












menu hari ini ialah sambal bilis!




:)



.

31 comments:

kucingorengemok said...

ngaahahaha, dah dengar cerita ni dulu... tapi versi asrama budak lelaki :)

BonekadalamChermin said...

_KOG |

rasanya sekolah asrama
hantu dia stendet je!


kahkahkah


.

bujal X said...

BSB sucks ok!

haha~~

*nak sikit sambal~

tupaimerah said...

kahkahkah!

saya pun rasa macam tu.
hantu asrama cliche.

BonekadalamChermin said...

_BUJAL |

ayo!

saya sukaaaaaaa!!!

saya suka brian..
hahahaha

biasala girls school!

...

nak sambal kena tunggu lunch!


.

BonekadalamChermin said...

_TUPAIMERAH |

kahkahkah
tula pasal

green lady la
buang anak dalam loker
buang anak kat padang hoki

macam macam!


.

h4ni3 said...

nasib baik ai tak kena kacau masa kat asrama dulu..
kalau tak.. kompem hari ni x jadi doktor
muakakaka

Dr K said...

asal duduk asrama aja, mesti ada hantu...hahaha...

uncle gedek said...

Dah lama tak dengar nama 'WALKMAN'

mommy kam said...

takott laaa! benci lahhhh! nak sambal plis.. sedap sangat nampak..

balkis said...

bengonglah ko...cite hantu budak dok asrama,
wat aku rindu shah pekan...hahaha

pembaris said...

baju melayu sangkut kat tingkap.malam pulak bernagin.kalau nampak bila terjaga tgh malam boleh terkencing terus.

fatin said...

kisah benar kerk nih.. mak aii.. demam tu oke lagik.. leh mati sebab tekojut kalo gitu...

miloaiskurangmanis said...

mana asrama mesti ada citer hantu
hantu susu..hantu kopek...hantu gigi...hantu kumkum
berbagai jenis hantu

errr... next time masak lebih le sambal tuh
nampak sedap bangettt!

Bro Framestone said...

peh.. he..23x

suspen tue

klik link nie untuk ke
BroFramestone Blog

cikceriacorner said...

penah dengau cite ni..tp versi uitm sy pak guard ronda kat tingkat 3 tego bdk studi kat tingkap..

nak sambal..bestnye..:)

Cik Ina Do Do Cheng said...

masa akak duk asrama, kawan selalu cerita bab bab hantu ni.sampai dah lali. baru lah dinamakan tengah sengkek.khe khe

Muna Zaen said...

hiiii..

BonekadalamChermin said...

_Dr HANIE |

hahaha
kalau dia kacau tu
maknanya dia MINAT!


;D

BonekadalamChermin said...

_DADDY |

minggu orientasi
minggu paling mencabar


ramai jugak junior yg cengeng
lari balek rumah sebab senior sakat

CERITA HANTU!


hahahaha


.

BonekadalamChermin said...

_UNCLE GEDEK! |

ingatkan dah lama x dengar walkman!
hahaha


...

dulu selalu berangan nak beli walkman
yang kaler kaler brand sony
tapi tak mampu

.

BonekadalamChermin said...

_KAM |

hahaha
cerita ni biase laaaaaaaaa
aku takde idea nak updet apa!


...


mintak sambal ni
dadam dah nak dapat adek kah?

YEAY!


.

BonekadalamChermin said...

_BALKIS |

hantu shah pekan
GLEMER TAK??

kat sana ada hantu askar jepun?

hahaha


.

BonekadalamChermin said...

_PEMBARIS |

kalau dok katil double decker
KES NAYA.


.

BonekadalamChermin said...

_FATIN |

hahaha
betul x betul tu
wallahualam....


tapi generasi by generasi
memang cerita dia sama je!


.

BonekadalamChermin said...

_MILO AIS |

hahaha
tula pasal
siap kalau nak pi toilet
JANGAN PI PUKUL 3 PAGI!

:D

.

BonekadalamChermin said...

_BRO |

nanti masuk sound effect plak
bleh terkejut terkejut

hihi


.

BonekadalamChermin said...

_CIK CERIA |

hahaha
cerita lebeh kurang
biasela bila disampaikan mulut ke mulut

terus modified!


.

BonekadalamChermin said...

_AKAK CIK INA |

hahaha
tu la pasal!

tu belum lagi main
SPIRIT OF THE COIN

beriya ni
pastu masing masing tidur rapat katil
takut!

kahkahkah


.

BonekadalamChermin said...

_THE DREAMER |

ooo kau ke hantu blok A??
hahahaha

style lah!


.

yanmaneee said...

balenciaga shoes
outlet golden goose
air jordan
coach factory outlet
golden goose
fila disruptor 2
yeezy shoes
michael kors factory outlet
hermes belt
louboutins